Sunday, November 15, 2015

Nostalgia Belanga Tembaga

Banyak benar nostalgia mengenai belanga tembaga ini bagi diri saya. Orang2 tua di kampung2 di Terengganu memang tidak dapat lari daripada memiliki belanga sama ada bertutup atau tidak. Arwah ibu saya memiliki beberapi koleksi belanga tembaga ini termasuk acuan akok atau baulu. Dulu, waktu kecil saya, selalu lihat arwah ibu masak baulu atau akok bersama2 jiran di rumah arwah tok ki saya. Seronok betul mengingati nostalgia itu.


Saya hanya menyimpan 3 koleksi ini sahaja. Belanga bertutup ini saya beli yang terpakai beberapa tahun lepas. Harganya tidaklah semahal belanga baru. Kalau belanga bertutup baru mahu mencecah 7 ke 8 ratus...tetapi saya beli dengan harga rm280. Ia masih sangat elok dan saya selalu gunakan untuk memasak gulai Terengganu. Gulai kawah, gulai dagang, gulai nasi minyak, kurma, opor atau kerutuk.


Ia masih berkilat walau diguna setiap hari. Alhamdulillah tiada karat atau cemar yang tidak perlu yang boleh mencacatkan. Tak perlu digilap sebab ia tidak dijadikan hiasan. Simpan pun dalam kabinet aje, bukan dalam rak pameran.


Dua kuali tembaga saya beli berasingan. Yang kecil dibeli pada tahun 90an...harga pada masa itu hanya rm40 sahaja. Huhu...itu cerita dulu2. Sekarang, saiz yang sama, bentuk yang sama mencecah rm400 kalau stok baru. Stok lama terpakai murah la sikit. Banyak jasanya kepada saya sekeluarga. Masak kacau2 pun saya guna kuali tersebut.


Kuali agak besar ni juga saya beli terpakai sebab yang baru mahal sangat. Belanga baharu dengan terpakai pun tak jauh beza. Takde cacat cela pulak tu yang ini. Alhamdulillah boleh memuatkan 3 ekor ayam sekali masak. Sekarang masih ada dijual di Pasar Payang Terengganu. Cuma bergantung rezeki sama ada ada stok atau tak, harga murah atau mahal atau kalau2 kena ketuk harga oleh si penjual. Hahahaha.

Jika anda ada melalui jalan kecil antara masjid Kg Ladang besebelahan Hospital Sultanah Nur Zahirah ke Kg. Tanjung, Kuala Terengganu, ada satu galeri menjual koleksi tembaga di situ. Tapi saya tak pernah singgah sebab lebih suka ke Pasar Payang.


Alhamdulillah, dah banyak jasa jugalah belanga aka kuali tak bertutup nih. Seronok memasak menggunakannya sebab tahan haba dan makanan lambat sejuk.


13 comments:

  1. Salam kak..
    Belanga terpakai tu boleh beli kt pasar payang juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada periuk belanga tembaga untuk dijual boleh whatapp saya 0186616812

      Delete
  2. Wslm... Ye ummi... Tp bergantung stok... Naik ke tingkat 1 ke lot2 kedai di belakang skit..kalau ada rezeki ada lah... Kalau lot kedai depan di tingkat 1 jg jual yg baharu shj...

    ReplyDelete
  3. berapa harga yg sederhana besar tanpa tudung. Yang bertudung tu pula guna utk masak nasi ke? dapur elektrik boleh guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga sy tak pasti shasha...semua koleksi sy beli dah lama...skrg harga dah berbeza

      Delete
  4. Kalau yg sederhana besar.22cm
    Berapa harga? AdA stok tak?

    ReplyDelete
  5. Kuali besar brp saiz dn brp harga

    ReplyDelete
  6. Saya tak jual barang2 ni...kena berhubung dgn penjual di pasar payang kalau nak tahu harga...ada peniaga jual online

    ReplyDelete
  7. Kalau nak order boleh WhatsApp saya
    Saya stay di kuala terengganu 😊+6011 250 33090 ❤️

    ReplyDelete
  8. Sya dan isteri minat ziarah dan jelajah. Kami nk beli dan pilih sendiri utk masak di dapur bukan utk suka² koleksi antik. Mohon bagi panduan harga yg berpatutan. Selain Kuala Terengganu adakah di bandar² lain?

    ReplyDelete
  9. Saya di Indonesia tapi mau order bisa kah

    ReplyDelete